Sunday 31 August 2014

Thursday 7 August 2014

Kamu

Hai blog, dah berkurun tak jengah, al maklum lah, masalah hati tak ada, sebab hati ada dekat dia, ye dia :) Ni aku jengah mesti kau tahu kenapa kan? Sebab hati juga lah blog, entahlah, aku pun tatao nak cakap apa blog, nak taip apa pun aku tatao, kau ni lebih kepada diari hidup aku yang hanya aku hias pabila becoret tentang dia, ya dia, hanya dia sahaja. 


Hari tu pergi arau lagi, seronoknya tidur rumah sama dengan dia, comel dia tidur, dia teman aku tidur, sukanya rasa hati. Banyak nak cerita tentang arau ni, tapi nantilah, sebab cerita tu dah kabur, kabur dengan cerita sekarang, baru tadi jadi.

Hati ni, entah kenapa rasa macam dia menyesal sangat sebab bagi aku peluang, ke aku yang sensitif sangat? Instinct aku jarang salah kan? Tapi pernahlah juga salah, cuma hm.. Dia kesihan akan mas kott, sebab tu aku tak nak cerita pasal mas dekat dia, nanti dia kesihan lepas tu? Hanya dia yang tahu.. Hari tu dia baca mesej mas pun dia dah susah hati, takut dia jadi punca, walhal aku puncanya, tapi mereka yang tak berkawan sebab? Rebut cinta aku, sekarang mas tak tahu aku dengan si dia, dan si dia tak tahu aku bukan dengan mas lagi, bukan tak nak cerita aty, tapi takut.. Takut akan waktu yang bahagianya cuma sementara, hm, macam sekarang..

Ah sedihnya, mungkin aku yang perlu hilang, dari keduanya, tapi aku sayang akan kamu Izzati. Sangat.


Hanya kamu.



lincoln : Jangan pergi lagi sayang..