Monday, 8 April 2013

Itu

Mengigil, static badan aku ketika ini, bahana air mandian apabila badan panas. Fuh lama betul tak kena demam panas macam ni, sampai ke otak naik nya. nak gerak seinci pun macam kepala kena tomoi.. arghh tiba-tiba demam, heh merungut ke adi? Dia saja nak uji, kau kata kau hebat.. taik kucing !! Kepala serabut sebenarnya....

Actually dah lama juga nak taip dekat sini, cuma masa tak mengizinkan, now i got quite a time since i'm skipping class for today afternoon, sebab demam, doc? tak jumpa pun.. aku try cara tradisional dulu.. mungkin dengan sekupang dua panadol.. heh mana tahu, Dia tarik balik esok hari... tapi aku sendiri syak denggi, entah ler.. sebab otot aku sengal-sengal.. and mata aku merah.. tunggu esok jela..

Btw, aku nak cakap sikit.. tentang kamu dan kamu.. ye aku bersalah, tak pernah nak mengaku salah sendiri, baik pada kamu.. atau pun kamu, semua aku puncanya, memang jelas, aku lah penegak kebenaran akan benang yang basah.. sedih hati aku, tapi itu yang pernah kamu dan kamu katakan.. dan aku iya kan, kerana sememangnya betul.. ye aku tahu kamu dan kamu sakit, maafkan aku, aku sendiri tak pernah menghargai apa yang aku ada. jujur sehingga kini, kerana benar bukan? aku hanya sambil lewa kepada kamu dan kamu, bukankah begitu? maafkan aku sekali lagi..

Buat kamu, aku tak boleh menipu perasaan yang ada, aku akui aku cemburu apabila ada yang datang mendekati, sepatutnya aku juga tahu kamu akan berasa begitu, tetapi bodoh bukan aku ini.. Mengsia-siakan apa yang diberi walau pun beribu kali mungkin.. mungkin sehingga kini.. mungkin tidak.. tapi aku pasti, terkadang aku tahu jawapan yang sebenar.. erm.. sekarang kamu telah membuat kata putus yang satu, walaupun telah beberapa kali begitu namun aku masih memikirkan akan perihal kamu, aku mahu kamu disini.. ya aku tahu, bukan mudah untuk meludah ke muka yang tidak benar, kerana lebih jinjik bukan? aku tiada harapan lain lagi melainkan yang satu itu.. aku tahu peluang itu tidak akan datang lagi, namun kamu tetap berani mengambil risiko.. kerana apa? kerana apa? kerana aku ini bodoh yang masih tetap mengsia-siakan segalanya. aku tahu kamu jujur.. benar.

Kepada kamu pula, maafkan aku juga, sering kali kamu menjaga yang sepatutnya untuk tidak melihat aku jatuh, kerana sakit di mata kamu apabila aku terjelopok ke atas muka bumi realiti ini.
yah, kamu ikhlas.. memang ikhlas, tetapi aku? persoalannya aku, sering aku memutarkan belitnya cerita-cerita yang asli hanya untuk kekalkan kamu juga di sini. mangsanya kamu dan kamu juga, kerana aku, seorang lelaki yang tidak pernah menghargai apa saja yang kamu dan kamu lakukan.. bergaduh dua sahabat baik yang ketika dahulu pernah mempunyai impian untuk hidup di kota bersama.. yang mersa bersama.. tetapi kini hanya kerana aku..

Maafkan aku, walau aku tidak layak untuk memohon maaf lagi..

 - Its hard for both of you, i know, i'm sorry

Kamu dan kamu kini tidak berkawan lagi, mengapa? kerana aku? aku ini bukan siapa-siapa.. jangan kerana aku, kamu berpecah.. kalaulah kamu dan kamu paham maksud sebenar.. harap kamu dan kamu baca dan marah akan aku..

lincoln : you will never miss the water until its runs dry..

No comments:

Post a Comment

shout out