Saturday, 13 July 2013

Hidup, ada satu gambar aku..


Hari ini kita perlu yakin bahawa akan lebih baik dari semalam, esok kita perlu yakin akan datangnya hari yang lebih indah daripada hari ini, dan begitulah seterusnya, sehingga ke hari pengakhiran. Apa yang hidup pasti akan mati, apa yang datang akan pergi bila tiba masanya, dan yang bertemu akan berpisah juga. Itu lumrah kehidupan sebagai seorang manusia di atas muka bumi ini.. 

dan
hari ini,
ya hari ini.. 
atau masih bersisa..
bukan satu masa yang singkat..
aku hormati apa sahaja..
semoga sentiasa tenang di sana.. 
ketahui satu..
aku tak pernah berhenti.. 
tak akan..
jika ya.. 
maka aku belum..
dikenali..

Hati tenanglah walau badai melanda, sesungguhnya kamu berada di bawah pengawasa-Nya, kerana itu sering kali di uji, aku tahu apa yang benar, apa yang tidak, walau hati menafikan, walau di nafikan oleh mereka yang mereka-mreka semua cerita yang direka-reka, hanya untuk wujud di awang-awangan, kerana hidup bukan tentang aku..sahaja. Semoga Allah sentiasa merahmati.

lincoln : Kita warnakan langit dengan tangan kita sendiri

No comments:

Post a Comment

shout out